Pergi ke www.SultanAbuBakarMuseum.com

MSABMuzium Sultan Abu Bakar berkonsepkan muzium dalam taman – The Intelektual Garden. Ia menjadikan muzium ini lebih terbuka dari segi penggunaan ruang dan mempunyai interaksi yang sangat baik dengan masyarakat. Selain itu, ia juga akan menyerlahkan lagi koleksi muzium dan ruang pameran. Taman muzium ini juga boleh menjadi ruang aktiviti terbuka dan persembahan serta ruang rehat para pengunjung. Pameran ini akan menekankan warisan sejarah dan budaya masyarakat setempat, dalam konteks masyarakat Pantai Timur secara khasnya dan Malaysia secara amnya. Dalam hubungan ini, Muzium Negeri Pahang bakal menjadi sebuah pusat rujukan dan pengumpulan segala data dan maklumat yang berkaitan dengan kebudayaan, kesenian dan warisan yang mempunyai hubungan rapat antara nilai-nilai tradisi, kerohanian dan estetika.