Pergi ke www.PulauKeladi.com

Keladi500Kampung Budaya Pulau Keladi merangkumi Pusat Tenunan Sutera Pahang di samping pelbagai kemudahan lain yang disediakan untuk pelawat termasuklah gerai karyaneka, kawasan rekreasi dan pusat permainan tradisional. Pusat Tenunan Sutera Pahang diwujudkan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pendidikan kepada orang ramai serta para pelawat tentang proses menenun yang diwarisi sejak turun-temurun. Para pelawat bukan sahaja diberi maklumat dalam bentuk lisan dan pemeran bergambar, malah turut diberi peluang untuk menyaksikan sendiri bagaimana proses menenun dilakukan. Para pelawat juga boleh membeli hasil tenunan secara terus atau membuat tempahan terlebih dahulu dengan memilih pelbagai jenis corak kain yang disediakan. Kompleks Budaya Kampung Pulau Keladi ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Shahiruddin Ab. Moin pada 18 Mei 1996. Bermula dari tahun 2007, Institut Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam mula dibina dan siap sepenuhnya pada tahun 2009. Ia merupakan projek usahasama Muzium Negeri Pahang dengan Kraftangan Malaysia. Institut tersebut diyakini akan mencapai matlamatnya untuk mendidik dan melahirkan lebih ramai penenun yang kreatif dan berdaya saing.