AhmadFaridKetika saya masih bersekolah, sebahagian daripada pelajaran Sejarah saya ialah pengembaraan Hang Tuah dan empat saudaranya. Slogan beliau, ‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia‘ – sentiasa kekal dalam hati kami. Ketika berusia 11 tahun, kami diberi peluang untuk melawat ke Muzium Negara, di mana kami begitu kagum melihat tugu Hang Tuah semasa satu pameran yang dijalankan. Eksploitasi superiornya terus dimegah-megahkan dalam skrin layar perak semasa pelakon utama zaman kegemilangan filem-filem Melayu, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, memainkan watak Hang Tuah dengan cukup sempurna. Kini, selepas hampir 19 tahun, dengan pengalaman menjadi kurator muzium selama 20 tahun, saya ingin berterima kasih kepada Muzium Negara di atas pameran berkenaan dengan Hang Tuah dan kehebatannya, yang memberi inspirasi kepada saya untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Muzium Negara dalam menjalankan operasi institusi Muzium. Sesebuah muzium patut dianggap sebagai institusi pendidikan kerana ia bertindak unik dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat melalui koleksi antikuiti sejarah, artifak-artifak budaya dan juga fenomena tentang dunia alam semula jadi.

Objektif

  • Untuk menyelamatkan warisan sejarah dan budaya dengan cara memungut, memelihara, menyimpan dan mempamerkan barang lama dan baharu yang mempunyai nilai sejarah dan budaya tradisi bercorak Negeri Pahang Darul Makmur khasnya dan Malaysia amnya.
  • Untuk menjalankan penyelidikan dan kajian di dalam beberapa cabang kebudayaan Negeri Pahang Darul Makmur khasnya, supaya penerangan mengenainya dapat disebarkan kepada orang ramai sebagai bahan rujukan, penyelidikan, pengetahuan dan mendidik semangat cintakan budaya sendiri.
  • Untuk menjalankan penyelidikan dan pemuliharaan terhadap kesan sejarah yang terdapat di seluruh Negeri Pahang Darul Makmur.
  • Untuk membantu memajukan lagi industri pelancongan.

Visi

  • Untuk menjadi sebuah muzium bertaraf dunia yang berteraskan seni tradisi dan kontemporari yang mampu menarik semua golongan.

Misi

  • Mewujudkan sebuah masyarakat intelektual, berdaya saing, berbudaya, berjati diri dalam berdepan dengan persaingan global melalui pameran, pendidikan, kajian dan pembangunan sosial, pemeliharaan dan pemuliharaan, perolehan serta kurator yang mempunyai kepakaran.