TERENANG

TAHUKAH ANDA?

• Terenang merupakan sejenis tembikar yang terkenal di Pahang.

• Terenang digunakan secara tradisional untuk mengangkut dan menyimpan air.

• Air yang disimpan di dalamnya sentiasa sejuk, berbau wangi dan cukup enak untuk diminum.

BUYUNG/BUYUNG KAPIT

TAHUKAH ANDA?

• Buyung digunakan bagi tujuan ritual masyarakat Melayu seperti mandi bunga.

• Buyung biasanya diletakkan di bahagian beranda rumah sebagai bekas mengisi air minuman.

• Bahagian tudung buyong yang dibentuk separa melengkung berfungsi sebagai tempat meletak gelas atau cawan.

KUKUSAN TANAH

TAHUKAH ANDA?

• Kukusan dapat mengekalkan lebih banyak vitamin dan mineral makanan.

• Rasa, aroma, warna dan tekstur makanan tidak banyak berubah.

• Teknik yang mudah, ringkas dan sihat.

KENDI TANAH

Dipercayai mampu menyerap racun dan membersihkan air tanpa perlu dimasak.Selain itu,kendi berfungsi sebagai tempat menyimpan air rebusan herba yang baik dan digunakan dalam kebanyakan upacara ritual masyarakat Melayu tradisional.

SIKIN

TAHUKAH ANDA?

Sikin digunakan oleh pendekar wanita Melayu Pahang suatu ketika dahulu untuk mempertahankan diri.Sikin dipegang pada hulunya, manakala mata sikin dimasukkan ke dalam lengan baju. Satu kelok yang terdapat di belakang sebilah sikin menandakan satu nyawa telah maut di tangan pemilik sikin.